AGENDA

Lebih 5,000 kilogram ayam sejuk beku diserah kepada Zoo Negara

15 Jan 2025, 3:30 PM
Lebih 5,000 kilogram ayam sejuk beku diserah kepada Zoo Negara

PUTRAJAYA, 15 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerahkan 417 kotak keratan ayam sejuk beku seberat 5,004 kilogram (kg) yang dilucut hak kepada Zoo Negara semalam.

Ketua Pengarah Maqis Shamsul Akbar Sulaiman dalam kenyataan berkata keratan ayam bernilai RM42,023 itu untuk dijadikan makanan haiwan di Zoo Negara.

"Bahan mentah tersebut merupakan hasil sitaan pengimportan hasilan haiwan yang telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan Seksyen 11(1) dan Seksyen 13 di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Kami berharap penyerahan ini dapat menampung kos bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan kepada haiwan di zoo,” katanya.

Menurut Shamsul Akbar bagi 2024 sahaja, pihak Maqis menyerahkan lebih 91,700 kg hasilan haiwan bernilai hampir RM836,000 kepada pelbagai agensi serta pihak yang memerlukan.

Beliau turut menegaskan jabatan itu tidak berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619