ad
AGENDA

Dua kejohanan golf antarabangsa meriahkan Tahun Melawat Selangor 2025

15 Jan 2025, 1:22 PM
Dua kejohanan golf antarabangsa meriahkan Tahun Melawat Selangor 2025
Dua kejohanan golf antarabangsa meriahkan Tahun Melawat Selangor 2025
Dua kejohanan golf antarabangsa meriahkan Tahun Melawat Selangor 2025
Dua kejohanan golf antarabangsa meriahkan Tahun Melawat Selangor 2025

PETALING JAYA, 15 JAN: Kalendar Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) dimeriahkan dengan penganjuran dua kejohanan golf antarabangsa di Kelab Golf Seri Selangor, di sini.

Dimulakan dengan Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor yang berlangsung esok hingga 18 Januari, diikuti PKNS Selangor Masters dari 22 hingga 25 Januari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dua kejohanan itu diharap dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Selangor.

“Kejohanan golf ini menjadi sebahagian daripada kalendar Tahun Melawat Selangor 2025. Saya turut dimaklumkan ada peningkatan ketara pelancong dan saya percaya ini sebahagian daripada acara untuk tarik kehadiran pelancong.

[caption id="attachment_682202" align="aligncenter" width="1137"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media ketika sidang media Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor Ke-4 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 15 Januari 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kejohanan ini juga membuktikan kita bukan hanya anjurkan pertandingan peringkat antarabangsa, tetapi juga program pembangunan dan melahirkan pemain masa depan,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor dan PKNS Selangor Masters, diiringi Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas.

Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor 2025 Ke-4 menyaksikan penyertaan 127 peserta berumur 12 hingga 18 tahun dari 14 negara seperti Australia, Jepun, Thailand dan Korea Selatan.

Manakala kejohanan PKNS Selangor Masters edisi ke-12 disertai 144 pemain golf professional tempatan dan antarabangsa dengan ganjaran 200,000 US Dollar kepada pemenang.

[caption id="attachment_682201" align="aligncenter" width="1197"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penaja selepas sidang media Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor Ke-4 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 15 Januari 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_682203" align="aligncenter" width="1207"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selepas sidang media Kejohanan Golf Antarabangsa Remaja Selangor Ke-4 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 15 Januari 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.