ADN

Kuih bakul imbau kenangan, pelengkap Tahun Baharu Cina

14 Jan 2025, 10:41 AM
Kuih bakul imbau kenangan, pelengkap Tahun Baharu Cina
Kuih bakul imbau kenangan, pelengkap Tahun Baharu Cina
Kuih bakul imbau kenangan, pelengkap Tahun Baharu Cina

KUALA KUBU BHARU: Acara gotong-royong memasak kuih bulan secara tradisional selain setiap gigitan menikmatinya mengimbau kenangan manis Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu (KKB) ketika zaman kanak-kanak.

Pang Sock Tau berkata makanan tradisi itu bukan sekadar hidangan ketika perayaan tetapi merupakan simbol hubungan keluarga dan budaya selain penghubung generasi, tradisi dan inovasi.

"Saya teringat sewaktu dengan nenek saya, dia akan goreng Nian Gao dan bagi saya semasa Tahun Baharu Cina. Dia goreng dengan ubi dan macam-macam. Kenangan manis waktu kecil.

"Di sebalik kesibukan warga KKB memastikan kuali dan buluh sentiasa penuh, gotong-royong lebih sedekad ini adalah bukti bahawa tradisi ini tidak akan pudar," kata anak jati KKB itu.

Beliau ditemui ketika Pesta Kuih Bakul sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Assam Kumbang, di sini, Ahad lalu.

[caption id="attachment_682058" align="alignnone" width="777"] Chong Qing Wern menunjukkan kuih bulan keluaran perusahaannya pada Pesta Kuih Bakul sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu, pemilik perusahaan Kuih Bakul Cheng Nian berkata usaha gigih keluarganya telah menjadikan makanan tradisi itu bukan sahaja terkenal di KKB tetapi menambat hati rakyat Malaysia.

Chong Qing Wern berkata aroma harum kuih bakul yang dimasak menggunakan kayu getah dan rambutan menjadikan pembuatan kuih tradisi mereka bertahan lebih sedekad.

"Tradisi Tahun Baharu Cina ini sudah masuk 12 tahun. Tiga tahun lepas saya sudah jadikan tradisi kuih bakul KKB ini sebagai satu jenama untuk produk saya.

"Penduduk di sini saya jadikan staf untuk angkat barang dan bakul. Sekarang kuih bakul tradisi di KKB sudah jadi satu jenama kuih bakul," katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_682059" align="alignnone" width="918"] Penduduk kampung bergotong-royong membuat kuih bakul pada Pesta Kuih Bakul sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Menurut beliau, tahun ini perusahaannya menghasilkan lapan kuali kuih bakul menggunakan ada 800 batang buluh sebelum dikeraskan dan dihantar kepada pelanggan seluruh negara.

"Sebelum Tahun Baharu Cina, kita sudah menerima tempahan dan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor dan satu Malaysia," katanya.

[embed]https://www.tiktok.com/@selangortv/video/7459377709966216456?_t=ZS-8t26eCrl7R3&_r=1[/embed]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619