AGENDA

Polis tahan peniaga miliki 47 senjata tiruan, disyaki jual dalam talian

13 Jan 2025, 11:46 AM
Polis tahan peniaga miliki 47 senjata tiruan, disyaki jual dalam talian

KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan seorang peniaga dan merampas 47 pucuk senjata api tiruan yang disyaki untuk dijual secara dalam talian selepas menyerbu sebuah rumah di Inderapura, di sini 2 Jan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 35 tahun itu telah ditahan reman selama seminggu sebelum ini dan kes berkenaan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

"Kita percaya senjata api tiruan itu diimport dan ia menyerupai senjata api asli walaupun alat mainan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Yahaya berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan semakan mendapati lelaki terbabit tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Sementara itu, Yahaya meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada polis jika mempunyai maklumat berkaitan kehilangan dua remaja iaitu Nur Hidayatul Iman Abdullah dan Tan Joon Tien, masing-masing berusia 14 tahun.

Beliau berkata kehilangan dua remaja terbabit dilaporkan pada 28 dan 31 Dis lepas di Genting Highlands, Bentong dan Brinchang, Cameron Highlands.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan daripada segala sudut termasuk melakukan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berdekatan tempat kedua-dua mangsa dipercayai menginap.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619