AGENDA

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas

13 Jan 2025, 2:38 AM
Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas

ALOR SETAR, 13 JAN: Operasi mencari tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar diteruskan hari ini dan kawasan pencarian diperluas sejauh 371.28 batu nautika persegi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa iaitu Asrul Hisham Zainon, 47, anaknya Shahril Aiman Asrul Hisham, 16, serta Mohamad Al-Amin Sufian, 29, diteruskan pada 7.30 pagi ini.

"Operasi CARILAMAT hari ketiga ini membabitkan aset udara dan kapal milik APMM, bot polis dan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), melibatkan keluasan sektor pencarian sejauh 371.28 batu nautika persegi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan setelah menjalankan aktiviti merawai di kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar pada Jumaat lepas.

Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menjalankan operasi CARILAMAT selepas menerima panggilan daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda memaklumkan laporan kehilangan dibuat oleh adik seorang daripada mangsa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619