AGENSI

Geran penggiat industri pelancongan hasil produk baharu diagih hujung bulan ini

13 Jan 2025, 2:00 AM
Geran penggiat industri pelancongan hasil produk baharu diagih hujung bulan ini
Geran penggiat industri pelancongan hasil produk baharu diagih hujung bulan ini
Geran penggiat industri pelancongan hasil produk baharu diagih hujung bulan ini

KUALA LANGAT, 13 JAN: Geran bagi mendorong penggiat industri pelancongan menghasilkan produk baharu mula diagih hujung bulan ini, kata ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor.

Chua Yee Ling berkata geran RM200,000 diserahkan kepada 20 persatuan pelancongan bertujuan merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

[caption id="attachment_681795" align="aligncenter" width="816"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Setiap penggiat industri bakal menerima insentif RM10,000 sebagai galakan kepada mereka untuk menghasilkan produk baharu yang lebih menarik sekali gus menarik pelancong tempatan dan luar.

“Geran penggiat industri pelancongan ini akan diperluas untuk siri kedua dan terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya selepas perasmian mural di Kampung Baru Jenjarom di sini,  semalam.

[caption id="attachment_681794" align="aligncenter" width="811"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (empat, kiri) dan Presiden Persatuan Kebudayaan Jenjarom Eu Woh chee (dua, kiri) selepas sidang media di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat pada 12 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

November tahun lalu, EXCO pelancongan pada pra pelancaran Kempen TMS2025 memaklumkan Kerajaan Negeri meluluskan geran RM200,000 bagi mendorong penggiat industri pelancongan menonjolkan produk baharu yang lebih menarik.

Kata Dato’ Ng Suee Lim, geran yang memanfaatkan penggiat industri antara lain bertujuan memastikan sektor berkenaan terus pulih dan berkembang selepas terjejas ketika pandemik Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619