ad
AGENDA

Operasi padam kebakaran sampah haram diteruskan, selesai 55 peratus

10 Jan 2025, 6:31 AM
Operasi padam kebakaran sampah haram diteruskan, selesai 55 peratus

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak di sini sedang giat dilaksanakan sejak insiden itu berlaku pada 2 Januari lepas.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan kebakaran yang melibatkan bahan sisa domestik dan binaan itu meliputi kawasan seluas 464 meter persegi dan setakat hari ini status kebakaran berjaya dipadam sebanyak 55 peratus dengan usaha memadamkan masih diteruskan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan kebakaran berkenaan menggunakan kaedah direct attact satu aliran sejauh 1,400 kaki dengan empat pancutan dan turut memanfaatkan sumber air dari anak sungai berhampiran dalam usaha pemadaman.

“Dua jentera pengorek turut membantu melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan kaedah korek dan gaul bagi mempercepatkan operasi pemadaman,” menurut kenyataan itu dan menambah pemantauan darat serta udara di lokasi juga dilakukan.

Menurut kenyataan itu, hasil maklumat yang diterima status tanah tersebut merupakan hak milik persendirian.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.