AGENDA

Empat cedera diserang kumpulan bersenjatakan parang di kedai makan

10 Jan 2025, 5:35 AM
Empat cedera diserang kumpulan bersenjatakan parang di kedai makan

SEREMBAN, 10 JAN: Empat cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berada di dalam sebuah kedai makan di Nilai dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.

Beliau berkata mereka diserang semasa sedang minum di kedai berkenaan oleh sekumpulan lima lelaki warga tempatan, dan motif serangan masih dalam siasatan.

“Semua mangsa yang cedera kemudian dirujuk ke Hospital Tunku Ja’afar untuk menerima rawatan dan mereka dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Malik berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7902222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619