PBT

Pertandingan kaligrafi antara tarikan Karnival Kebudayaan@Masjid Jamek Cina Muslim Klang

9 Jan 2025, 2:30 PM
Pertandingan kaligrafi antara tarikan Karnival Kebudayaan@Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Pertandingan kaligrafi antara tarikan Karnival Kebudayaan@Masjid Jamek Cina Muslim Klang

SHAH ALAM, 9 JAN: Pelbagai program menarik menanti pengunjung Karnival Kebudayaan@Masjid Jamek Cina Muslim Klang, Ahad ini.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan bermula 6 pagi hingga 6 petang, program disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan, lawatan sekitar masjid, kuliah dhuha serta forum Islam dan budaya.

Turut dianjurkan pertandingan kaligrafi Cina, membuat Tangyuan dan mewarna selain pelbagai gerai jualan masakan Cina muslim dan Melayu.

“Masjid Jamek Cina Muslim Klang telah mula beroperasi pada 22 Ogos lepas dan secara umumnya jemaah berasa senang dan bersyukur dengan kewujudan masjid ini.

“Ini kerana ia bukan saja menjadi pusat ibadah yang nyaman, tetapi juga mengukuhkan ikatan masyarakat dan mempromosikan nilai perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Semua dijemput hadir dengan kod pakaian sopan,” katanya di Facebook.

Pada 5 Disember lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan masjis berkenaan.

Sultan Sharafuddin diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mengiktiraf masjid dibina seluas 2.98 ekar dengan kos pembinaan RM19 juta yang mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu masa.

Masjid Jamek Cina Muslim Klang merupakan cetusan idea dan diilhamkan sendiri Sultan Selangor daripada reka bentuk salah sebuah masjid di Xi’an, China.

Pembinaan masjid tersebut bermula pada Mei 2016 selepas mendapat perkenan Sultan Selangor namun berikutan kekangan bah besar yang berlaku di Shah Alam dan Klang pada 2021 menyebabkan kerja pembinaan tergendala.

Masjid ini dilengkapi kemudahan seperti bilik kuliah, bilik mandi jenazah, bilik mesyuarat, pejabat pengurusan, bilik imam, bilal dan sukarelawan, perpustakaan, kedai cenderamata serta ruang makan komuniti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619