AGENDA

Mahkamah: Peniaga kedai makan mengaku salah miliki 148 laras senjata tiruan

9 Jan 2025, 7:08 AM
Mahkamah: Peniaga kedai makan mengaku salah miliki 148 laras senjata tiruan

CHUKAI, 9 JAN: Seorang peniaga kedai mainan, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini atas dakwaan memiliki 148 laras senjata tiruan.

Tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki sembilan laras senjata tiruan di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal dan 139 laras lagi di kediamannya di Kerteh.

Lelaki itu yang didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki dan mengimport senjata tiruan didapati melakukan kesalahan itu masing-masing pada pukul 2.30 petang dan 3.45 petang, 5 Jan lepas.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun, peguam Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan itu direndahkan berikutan situasi kewangan anak guamnya.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Jan ini sebagai tarikh hukuman.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619