AGENDA

Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi

8 Jan 2025, 1:30 PM
Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi

BUKIT MERTAJAM, 8 JAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren di Jalan Kulim di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan lelaki berusia 40-an berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila palang pada lori kren dipandu lelaki berusia 20-an dari arah Kulim, Kedah menghala Bukit Mertajam telah tersangkut pada kabel telekomunikasi mengakibatkan kabel itu jatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dari arah bertentangan bagaimanapun tidak sempat mengelak menyebabkan wayer kabel itu terkena pada lehernya sebelum terbabas dan terjatuh di atas jalan raya.

Helmi berkata mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat manakala pemandu lori direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619