AGENDA

Lelaki maut ditembak di sebuah restoran

8 Jan 2025, 12:52 PM
Lelaki maut ditembak di sebuah restoran

JOHOR BAHRU, 8 JAN: Seorang lelaki maut ditembak di sebuah restoran di Taman Setia Indah, di sini dalam kejadian pada 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian melibatkan mangsa berusia 40 tahun itu yang turut tular dalam media sosial.

Beliau berkata mangsa maut di tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu dan saksi serta punca sebenar kejadian berlaku.

“Polis juga sedang mengesan semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau dalam pada itu, menjelaskan maklumat lanjut berkaitan kejadian termasuk jumlah tembakan terhadap mangsa akan dimaklumkan kemudian setelah laporan bedah siasat diperoleh.

Raub turut menasihati orang awam agar tidak menyebarkan video kejadian melalui media sosial bagi mengelakkan spekulasi atau salah faham sekali gus menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menerusi talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619