PBT

Gagal sediakan tong sampah, sebuah premis dikompaun MBPJ

8 Jan 2025, 9:39 AM
Gagal sediakan tong sampah, sebuah premis dikompaun MBPJ

SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan dua kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Medan 10 kerana gagal menyediakan tong sampah.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook memaklumkan, pemeriksaan juga mendapati pemilik premis gagal memastikan pengurusan sisa sampah dilakukan dengan baik dan teratur.

"Tindakan diambil mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 4 UUKPS MBPJ 2007 dan UUK6 UUKPS MBPJ 2007 dalam sebuah operasi di sini semalam," menurut kenyataan.

Justeru MBPJ menasihatkan pengusaha premis dan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kebersihan, keselesaan, dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619