AGENDA

Angka korban gempa bumi di Gunung Everest meningkat kepada 95 orang

7 Jan 2025, 3:00 PM
Angka korban gempa bumi di Gunung Everest meningkat kepada 95 orang

BEIJING, 7 JAN: Angka korban akibat gempa bumi kuat di kawasan sekitar Gunung Everest meningkat kepada 95 orang pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik agensi berita rasmi China, Xinhua.

Gempa bumi turut mencederakan 130 orang lagi di Wilayah Autonomi Tibet, China, menurut laporan agensi itu pada sebelah petang.

Gegaran kuat berlaku di Daerah Dingri yang terletak di bahagian utara Gunung Everest, kira-kira 400 kilometer ke barat ibu kota Tibet, Lhasa.

Menurut Xinhua, kira-kira 6,900 orang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari pusat gempa. Secara keseluruhan, Daerah Dingri mempunyai populasi seramai 61,000 orang berdasarkan angka rasmi.

Gempa bumi itu, yang diukur pada 7.1 skala Richter oleh pakar Amerika Syarikat dan 6.8 mengikut pihak berkuasa China, turut dirasai di Nepal dan utara India.

Akhbar The Himalayan Times melaporkan penduduk di ibu kota Nepal, Kathmandu serta kawasan lain di negara itu keluar ke jalanan kerana bimbang rumah mereka runtuh. Bagaimanapun, belum jelas sama ada terdapat kecederaan di sana.

- BERNAMA-dpa

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619