AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri mulai Jumaat

7 Jan 2025, 8:44 AM
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri mulai Jumaat

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi Negeri Sembilan, amaran hujan berterusan tahap waspada itu melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga 4 petang ini.

Kawasan terlibat merangkumi Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis).

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619