AGENSI

Saringan perkembangan awal kanak-kanak secara percuma 8 Februari

7 Jan 2025, 8:44 AM
Saringan perkembangan awal kanak-kanak secara percuma 8 Februari

SHAH ALAM, 7 JAN: Program saringan perkembangan awal kanak-kanak Selangor (SPAKS) secara percuma akan diadakan selama dua hari bermula 8 Februari depan.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan program awal berkaitan perkembangan kanak-kanak untuk keluarga berpendapat rendah (B40) itu khusus bagi yang berumur tiga hingga lima tahun.

Menurut Yawas, saringan itu akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) diadakan di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, IDCC bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Pendaftaran saringan ini wajib melalui aplikasi Yawas di telefon bimbit. Pendaftaran untuk saringan dibuka esok dan tarikh tutup permohonan 3 Februari depan,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai boleh merujuk cara memuat turun aplikasi Yawas di https://www.facebook.com/share/p/191veUMjsy/ atau hubungi nombor telefon 03-54818800.

Berikut adalah syarat-syarat program saringan dan dokumen diperlukan.

Syarat-syarat program saringan:

1. Pemohon (ibu/bapa) warganegara Malaysia dan pengudi di Selangor

2. Menetap di Selangor

3. Pendapatan isi rumah mestilah RM5000 ke bawah (gaji kasar)

4. Anak berumur dari 3 tahun genap sehingga 5 tahun

5. Tidak pernah membuat saringan dan di diagnosis oleh doktor pakar

Dokumen sokongan yang diperlukan

1. Mykid/sijil lahir anak

2. Mykad ibu dan bapa

3. Akuan pendapatan/slip gaji (seisi keluarga) ibu dan bapa (gaji kasar)

4. Salinan semakan daftar pemilik (SPR)

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619