AGENSI

Pelajar perakaunan diseru kuasai kemahiran analitik data, sedia depani cabaran AI

7 Jan 2025, 2:07 AM
Pelajar perakaunan diseru kuasai kemahiran analitik data, sedia depani cabaran AI
Pelajar perakaunan diseru kuasai kemahiran analitik data, sedia depani cabaran AI

SHAH ALAM, 7 JAN: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Selangor (Unisel) diseru memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan seiring perkembangan teknologi.

Dekan fakulti Profesor Dr Norhayah Zulkifli berkata ia sebagai persediaan mendepani alam pekerjaan terutama era teknologi kecerdasan buatan (Al) selain menguasai kemahiran analitik data yang kini menjadi elemen penting dalam landskap perakaunan.

[caption id="attachment_680988" align="alignleft" width="398"] Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Unisel Profesor Dr Norhayah Zulkifli. Foto Unisel[/caption]

"Oleh itu, saya menyeru pelajar semua untuk sentiasa memperkayakan ilmu pengetahuan, mengasah kemahiran dan menanamkan sifat kepimpinan dalam diri masing-masing.

"Seruan saya ini bertepatan dengan tema majlis hari ini iaitu 'Menjulang Masa Depan: Memberdayakan Akauntan Akan Datang'," katanya.

Berucap dalam majlis meraikan seramai 30 pelajar akhir Ijazah Sarjana Muda Unisel di Courtyard by Marriot, Setia Alam, di sini, malam tadi, beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar dan berharap dapat kembali lagi ke Unisel sebagai alumni pada masa akan datang.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan Bendahari Selangor Mohd Sabree Yaakub.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619