AGENDA

Tiga konvoi bantuan UAE tiba di Gaza menerusi sempadan Rafah

5 Jan 2025, 2:14 PM
Tiga konvoi bantuan UAE tiba di Gaza menerusi sempadan Rafah

GAZA, 5 JAN: Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif UAE untuk menyokong dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin dalam situasi semasa, sejajar dengan "Operasi Chivalrous Knight 3."

Konvoi terdiri daripada 29 trak yang membawa lebih 364 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, pakaian musim sejuk, khemah perlindungan, dan barangan keperluan lain.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan konvoi bantuan yang telah memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Mesir menerusi Operasi Chivalrous Knight 3 sebanyak 150 konvoi, melibatkan 2,319 trak yang membawa lebih 29,025 tan bantuan, menurut laporan itu.

Sejak krisis bermula, UAE telah menyediakan 46,659 tan bekalan bantuan kecemasan kepada Semenanjung Gaza. Usaha ini bertujuan meringankan keadaan sukar yang dihadapi penduduk Gaza.

Operasi Chivalrous Knight 3 memfokuskan untuk membantu semua kumpulan yang terjejas di Semenanjung Gaza, terutamanya kanak-kanak dan wanita. UAE komited untuk meningkatkan usaha bantuan dan menggalakkan kerja kemanusiaan bagi rakyat Palestin.

- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619