AGENDA

Tiada tolak ansur isu buli dalam institusi ketenteraan, kata menteri

5 Jan 2025, 9:48 AM
Tiada tolak ansur isu buli dalam institusi ketenteraan, kata menteri

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sebarang dakwaan berkaitan isu penganiayaan akan disiasat dan diberikan perhatian serius.

“Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya kepada Bernama menerusi kiriman WhatsApp.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang Ahli Parlimen mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu negara.

Menerusi perkongsian di laman Facebook pada 3 Januari lepas, Ahli Parlimen itu mendakwa berlaku kejadian buli melibatkan beberapa pelajar di institusi ketenteraan itu sehingga membahayakan nyawa.

Beliau turut mendakwa suara ibu bapa disekat bagi mendedahkan kebenaran dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan dengan segera.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619