AGENSI

Sokong pembangunan sukan negeri, PKNS sumbang RM500,000 kepada Selangor FC

4 Jan 2025, 8:00 AM
Sokong pembangunan sukan negeri, PKNS sumbang RM500,000 kepada Selangor FC

SHAH ALAM, 4 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan penghargaan berjumlah RM500,000 kepada pasukan Selangor FC.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato' Mahmud Abbas kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah merangkap pengerusi Selangor FC.

Menurut agensi itu, sumbangan disampaikan dalam majlis di Istana Mestika, Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.

Ia turut disaksikan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PKNS Dr Azlina Jaapar dan Pengurus Besar Kanan Perancangan Strategik PKNS Mahfizul Rusydin Abdul Rashid.

Menurut PKNS, pihaknya sentisa komited dalam menyokong pembangunan sukan negeri dan berharap pasukan Selangor FC terus cemerlang pada masa hadapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619