AGENDA

Polis buru empat lelaki samun pelancong di pekan Gohtong Jaya

3 Jan 2025, 2:26 PM
Polis buru empat lelaki samun pelancong di pekan Gohtong Jaya

KUANTAN, 3 JAN: Polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terlibat dalam kes melarikan dua pelancong warga China dan melakukan samun ke atas mereka di Pekan Gohtong Jaya, Bentong dekat sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang semasa pelancong wanita berusia 27 tahun itu bersama seorang lagi pelancong lelaki berusia 26 tahun sedang berjalan di pekan Gohtong Jaya.

Beliau berkata mereka kemudiannya didatangi oleh empat lelaki tidak dikenali dan menarik mereka masuk ke dalam sebuah kenderaan mewah jenama BMW, sebelum berlaku pergelutan.

“Wanita itu akhirnya berjaya keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri manakala lelaki berkenaan dilarikan suspek. Lelaki itu kemudiannya telah ditinggalkan di tepi jalan setelah suspek mengambil sejumlah wang tunai dan membuat pindahan wang ke akaun milik suspek.

“Kedua-dua pelancong itu mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 365/394 Kanun Keseksaan dan polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dengan menelefon 09-2222222 atau mana-mana balai berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619