AGENDA

SPRM: Warga asing ditahan cuba sogok polis, bebas rakan dalam tahanan

3 Jan 2025, 2:10 PM
SPRM: Warga asing ditahan cuba sogok polis, bebas rakan dalam tahanan

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman warga asing disyaki cuba memberi rasuah hampir RM4,000 kepada pegawai polis untuk melepaskan seorang rakannya yang ditahan atas kesalahan mencuri.

Suspek lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Kuala Selangor, Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pekerja kilang di sekitar Lembah Klang telah melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah bilik di Balai Polis Kuala Selangor pada Rabu lepas dan memberikan rasuah kepada seorang pegawai polis,” menurut sumber.

Sumber memaklumkan perintah reman selama tujuh hari hingga 9 Jan ini dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619