AGENDA

Susun gerak kerja jaga kebajikan rakyat, jangan tunggu pilihan raya

3 Jan 2025, 4:25 AM
Susun gerak kerja jaga kebajikan rakyat, jangan tunggu pilihan raya

KOTA BHARU, 3 JAN: Anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu segera memulakan gerak kerja dengan menggembleng tenaga dalam menjaga kebajikan rakyat, gesa naib presidennya.

Dato’ Seri Amirudin Shari menegaskan semua ahli khususnya pucuk pimpinan perlu bersiap sedia dengan gerak kerja sistematik tanpa perlu menunggu pilihan raya umum (PRU).

“Perlu lebih agresif dan beri keyakinan pada rakyat, siap sedia dalam segalanya. PRU mungkin lebih awal sekitar akhir 2026, kena sedia. Paling terbaik mula sekarang tetapkan 'mood' PRU.

“Apa yang penting, KEADILAN kena menang. Menang dengan siapa nanti kita putuskan. Pergi ke semua kawasan, jangan tunggu pilihan raya. Tidak rugi mula dari sekarang, lagi awal lagi bagus,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bharu semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Dato’ Menteri Besar dalam kunjungan hormatnya menyerahkan bantuan berjumlah RM500,000 kepada Kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa bah yang terkesan di negeri itu.

Amirudin menyerahkan sumbangan tersebut kepada Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Nassuruddin Daud di kediaman rasmi di Kampung Lembah Sireh di sini.

 

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619