AGENDA

Stadium Shah Alam dibina tahun ini, sedia kemudahan sukan paling moden

2 Jan 2025, 2:00 PM
Stadium Shah Alam dibina tahun ini, sedia kemudahan sukan paling moden
Stadium Shah Alam dibina tahun ini, sedia kemudahan sukan paling moden
Stadium Shah Alam dibina tahun ini, sedia kemudahan sukan paling moden

KOTA BHARU, 2 JAN: Pembinaan Stadium Shah Alam dijangka bermula suku pertama tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata proses pembinaan stadium bawah fasa pertama bagi projek pembangunan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) itu dijangka siap selewat-lewatnya awal 2027.

“Perancangannya kita mahu menjadikan stadium bukan sahaja sebagai hub sukan tetapi belia yang diuruskan Selangor Youth Community (SAY) dinaungi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Majlis Sukan Negeri.

“Pembinaan ini bukan hanya stadium baharu tetapi kita juga menstruktur semula kawasan setempat yang perlu didalamkan lagi kerana sering berlaku banjir,” katanya pada sesi ramah mesra bersama mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan di Kopitiam Kita hari ini.

[caption id="attachment_672938" align="aligncenter" width="1024"] Kontraktor melakukan kerja perobohan Stadium Shah Alam ketika tinjauan pada 11 November 2024 di Seksyen 13, Shah Alam. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tambah Amirudin, kemudahan di Stadium Shah Alam antara hub sukan paling moden di Malaysia dan dilengkapi pendingin hawa.

“Kemudahan ini dilengkapi pendingin hawa sepenuhnya selain teknologi ‘retractable pitch’. Jika ada perlawanan, ia ditarik menjadi padang dan jika ditutup pula menjadi dewan,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan projek pembangunan KSSA membabitkan tiga fasa dijangka siap menjelang 2029 dengan fasa pertama membabitkan proses perobohan.

Lembaran Prospek Sdn Bhd, anak syarikat MRCB Land Sdn Bhd dilantik untuk melaksanakan kerja perobohan, sementara pembangunan KSSA melibatkan perjanjian berasingan.

Perobohan stadium yang menggunakan kaedah lazim atau konvensional tanpa bahan letupan itu bagi mengelak gangguan bunyi, habuk dan air terhadap penduduk.

[caption id="attachment_673172" align="aligncenter" width="1332"] Permandangan proses perobohan Stadium Shah Alam ketika tinjauan di Seksyen 13, Shah Alam pada 11 November 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619