AGENDA

KPM selaras semula keperluan anak-anak GISBH ikut pendidikan arus perdana

2 Jan 2025, 4:58 AM
KPM selaras semula keperluan anak-anak GISBH ikut pendidikan arus perdana

PUTRAJAYA, 2 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan masih berada di rumah selamat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penyelarasan itu perlu memandangkan masih ada anak-anak berada di rumah selamat JKM.

"Kita akan selaraskan semula pendidikan mereka (anak-anak) mengikut umur dan kesesuaian mereka untuk mengikuti pendidikan arus perdana di sekolah-sekolah KPM," katanya dalam sidang media mengenai pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan pendidikan anak-anak GISBH yang diselia oleh KPM bermula 1 Okt lepas.

Pada 5 Dis lalu, dilaporkan lebih 130 anak-anak bekas anggota GISBH tidak dituntut ibu bapa mereka berikutan takut tampil bertemu pegawai JKM, selain berdepan masalah kewangan.

Media sebelum ini melaporkan seramai 420 daripada 560 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global sudah diserahkan kepada keluarga mereka, termasuk empat yang diserahkan kepada Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619