ad
ADN

Pupuk kesedaran alam sekitar, pengindahan sungai antara tumpuan DUN Kajang 2025

1 Jan 2025, 9:43 AM
Pupuk kesedaran alam sekitar, pengindahan sungai antara tumpuan DUN Kajang 2025
Pupuk kesedaran alam sekitar, pengindahan sungai antara tumpuan DUN Kajang 2025
Pupuk kesedaran alam sekitar, pengindahan sungai antara tumpuan DUN Kajang 2025

SHAH ALAM, 1 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan meneruskan kempen Kajang Bersih, Kajang di Hatiku untuk terus memupuk kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Wakil rakyatnya David Cheong berkata kempen yang dilancarkan tahun lalu itu, menjelajah ke sekolah sekitar DUN berkenaan dengan membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan murid.

Menurutnya, tahun ini pihaknya bercadang meneruskan kempen itu merangkumi usaha pengindahan sungai sekitar DUN Kajang dengan projek penanaman pokok di tebing sungai.

“Kempen ini kita akan teruskan. Tahun ini diharap projek pengindahan sungai dapat dimulakan. Selain untuk meningkatkan ketahanan tebing ia juga antara usaha bagi mengelak pembuangan sampah haram di sekitar tebing sungai.

[caption id="attachment_657386" align="alignleft" width="500"] Ahli Dewan Negeri Kajang David Cheong berucap dalam majlis pelancaran Kempen Kajang Bersih Kajang di Hatiku di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 12 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita rancang untuk kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO). Pihak saya juga sudah berjumpa dengan beberapa pihak dan jabatan berkaitan dan diharap boleh dapat bekalan pokok dari mereka.

“Sebelum ini pihak kita pernah kesan ada orang yang buang sampah di tebing sungai. Jadi bila ada pokok di tanam, boleh halang lori ini masuk dan buang sampah di kawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, katanya tumpuan lain termasuk menyelesaikan isu banjir kilat di sekitar kawasan DUN itu selain infrastruktur jalan yang sering rosak dan berlubang akibat digunakan lori lebih muatan.

DUN Kajang melancarkan Kempen Kajang Bersih, Kajang di Hatiku tahun lalu bagi memupuk kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya kempen itu bukan sekadar usaha untuk membersihkan kawasan bandar, kampung atau taman perumahan tetapi juga menggalakkan inisiatif kitar semula yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

[caption id="attachment_657437" align="aligncenter" width="1148"] Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin (tengah) dan Ahli Dewan Negeri Kajang David Cheong (dua, kiri) mengibar Jalur Gemilang dalam majlis perasmian Kempen Kajang Bersih Kajang di Hatiku di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 12 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.