PETALING JAYA, 1 JAN: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan diminta memohon inisiatif yang terkandung di dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
Penyelarasnya Halimey Abu Bakar berkata terdapat lebih 40 skim di bawah ISP yang boleh dimohon merangkumi pelbagai bantuan dari bayi hingga warga emas.
[caption id="attachment_680202" align="aligncenter" width="751"] Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar ditemui pada program serahan Bantuan Masuk Sekolah kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 2025 di Dewan Serbaguna MBPJ Taman Dato' Harun, Petaling Jaya pada 1 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita ada banyak skim bantuan tetapi ramai yang tak tahu. Contohnya Inisiatif Anak Selangor yang menyedia tabungan RM100 selama lima tahun.
“Begitu juga BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) yang memberi RM300 selama dua tahun. Selangor juga ada Skim Peduli Sihat untuk bantuan kesihatan.
“Jadi kita minta semua untuk memohon bantuan ISP ini secara dalam talian. Boleh lihat semua bantuan yang ada dan mohon apa yang sesuai,” katanya.
Beliau berucap demikian ketika program bantuan masuk sekolah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kepada 350 penerima hari ini.
[caption id="attachment_680204" align="aligncenter" width="814"] Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar bergambar bersama ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menerima Bantuan Masuk Sekolah di Dewan Serbaguna MBPJ Taman Dato' Harun, Petaling Jaya pada 1 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Setakat ini, Selangor memiliki 46 pelan kebajikan menerusi ISP dengan peruntukan lebih RM600 juta setahun dan semua skim tersebut ditambah baik dari masa ke masa.
BINGKAS, antara skim yang popular menawarkan bantuan bulanan RM300 khusus untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta.