AGENDA

Mangsa bah Johor, Kelantan meningkat malam ini, sebuah PPS dibuka di Perak

31 Dis 2024, 3:03 PM
Mangsa bah Johor, Kelantan meningkat malam ini, sebuah PPS dibuka di Perak

KUALA LUMPUR, 31 DI: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 69 orang daripada 17 keluarga berbanding 52 orang daripada 14 keluarga 8 pagi tadi.

Beliau berkata mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

“Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Paya Dato di Mersing pula mencatat paras amaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas meningkat kepada 31 orang daripada sembilan keluarga berbanding 23 orang daripada tujuh keluarga sebelum ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.

Sementara itu, di Perak sebuah PPS dibuka 6 petang tadi di Dewan Kampung Asli Chinggung, Daerah Muallim menempatkan 52 mangsa daripada 11 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan mereka yang terjejas merupakan penduduk Kampung Chinggung.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619