AGENDA

Kanak-kanak lelaki lemas di kolam renang hotel

31 Dis 2024, 12:24 PM
Kanak-kanak lelaki lemas di kolam renang hotel

CHUKAI, 31 DIS: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di daerah Kemaman, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'far berkata mangsa dijumpai di dasar kolam oleh bapanya yang berusia 47 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata siasatan mendapati kanak-kanak itu dan anggota keluarganya yang datang dari Pahang tiba di Terengganu pada 3.30 petang semalam untuk bercuti.

"Pada 5.30 petang mangsa serta beberapa ahli keluarganya turun mandi di kolam renang. Bagaimanapun ketika sedang asyik mandi, bapa mangsa menyedari anaknya hilang daripada pandangan.

"Setelah mencari beberapa lama, mangsa ditemui di dasar kolam dan dibawa naik sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Muhamad berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 8.20 malam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai terutama ibu bapa supaya lebih peka dengan keselamatan anak-anak ketika di kolam renang bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619