AGENDA

Dua rakyat Malaysia cedera kemalangan bas di Norway

31 Dis 2024, 12:00 PM
Dua rakyat Malaysia cedera kemalangan bas di Norway

PUTRAJAYA, 31 DIS: Kementerian Luar menjelaskan hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway, 26 Disember lalu.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua individu itu mengalami kecederaan ringan dan dikategorikan sebagai kes "tanpa kecederaan” oleh pihak berkuasa Norway. Mereka berada dalam keadaan sihat.

“Mereka meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut," kata Kementerian Luar Negeri yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra hari ini.

Kementerian itu juga menjelaskan bahawa laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel sama tetapi bukan sebahagian kejadian itu.

Menurut Wisma Putra, kementerian itu bagi pihak kerajaan Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan kepada penumpang Malaysia yang terlibat.

Ia menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan kementerian.

Bas itu dilaporkan membawa 58 penumpang termasuk warga China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine. Kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 26 Disember lalu akibat cuaca buruk, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619