PBT

MPAJ pantau semua cerun elak runtuh, gesa pemaju titik berat keselamatan

30 Dis 2024, 5:00 AM
MPAJ pantau semua cerun elak runtuh, gesa pemaju titik berat keselamatan
MPAJ pantau semua cerun elak runtuh, gesa pemaju titik berat keselamatan
MPAJ pantau semua cerun elak runtuh, gesa pemaju titik berat keselamatan

SHAH ALAM,30 DIS: Semua kawasan cerun di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dipantau dari semasa ke semasa.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad memberitahu tindakan pemantauan itu bagi mengelak kejadian tanah runtuh selain memastikan keselamatan penduduk terjamin.

[caption id="attachment_678780" align="aligncenter" width="732"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad bercakap kepada media pada Majlis Perasmian Program Komuniti Sempena Hari kanak-Kanak,Hari OKU dan Hari Warga Emas MPAJ 2024 di Taman Melawati, Ampang pada 21 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Bukan itu sahaja, MPAJ juga telah mengeluarkan notis kepada semua pemaju supaya sentiasa memantau dan mengambil tindakan keselamatan di tapak pembangunan masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Berhubung lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan E6, Taman Melawati Oktober lalu, beliau menjelaskan pihaknya telah melaksana kerja-kerja senggara longkang dan selesai pada 14 November lalu.

“Selain itu, kerja-kerja penebangan pokok di kawasan cerun runtuh juga telah siap pada 20 Oktober lepas. Notis kepada pemilik tanah iaitu Elite Informix Sdn Bhd telah dikeluarkan bagi penyelenggaraan cerun,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar memaklumkan lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan E6, Taman Melawati merupakan antara 114 daripada 600 titik panas yang dikenal pasti di Ampang Jaya sebagai zon merah atau sangat berisiko untuk kejadian tanah runtuh.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, kira-kira 400 lagi kawasan dikategorikan sebagai zon jingga atau berisiko.

[caption id="attachment_668348" align="aligncenter" width="815"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari meninjau keadaan tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Insiden tanah runtuh yang berlaku di kawasan tersebut akibat hujan lebat memaksa penghuni 20 rumah di Taman Melawati untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

Sebanyak empat rumah dan sebuah kereta dikenal pasti terkesan akibat kejadian gelinciran tanah ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619