AGENDA

200 rumah terjejas benteng takungan air pecah di Saujana Utama

29 Dis 2024, 1:39 PM
200 rumah terjejas benteng takungan air pecah di Saujana Utama

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Kira-kira 200 rumah dipercayai terjejas susulan kejadian benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama pecah dan melimpah ke kawasan taman perumahan itu petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya Azrel Izaidi Ahamad berkata limpahan air itu kini telah surut, dan perbincangan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada perlu memindahkan penduduk yang terjejas.

“Air sudah surut, cuma satu lorong yang agak rendah masih digenangi air, dan ia mengambil masa untuk surut sepenuhnya. Oleh itu, pihak bomba akan melakukan kerja-kerja penyedutan air di kawasan itu.

“Kami masih menilai keperluan untuk memindahkan penduduk kerana keadaan kini menunjukkan tanda-tanda pulih. Bagaimanapun, proses mengenal pasti kerosakan mungkin memerlukan masa. Kami akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang dan menggerakkan lima pegawai serta anggota ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, paras air di kawasan taman perumahan berkenaan didapati mencecah satu kaki.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619