AGENDA

Berhimpun di kubur Setapak, menteri minta jangan buat spekulasi

29 Dis 2024, 8:13 AM
Berhimpun di kubur Setapak, menteri minta jangan buat spekulasi

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan sekumpulan individu berhimpun di sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak di sini semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama Islam.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah diarah menyiasat secara terperinci berhubung perkara berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

"Pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada Jawi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di satu tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 10.05 pagi semalam sebelum video mengenainya tular pada petang hari yang sama.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619