ADN

Dana hampir RM620,000 turap jalan 12KM di DUN Teratai

28 Dis 2024, 1:30 AM
Dana hampir RM620,000 turap jalan 12KM di DUN Teratai
Dana hampir RM620,000 turap jalan 12KM di DUN Teratai

SHAH ALAM, 28 DIS : Sejumlah RM618,000 dibelanja bagi kerja turapan jalan sepanjang 12 kilometer (KM) di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai.

Wakil rakyatnya Yew Jia Haur berkata projek menerusi Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) itu mula dilaksana pada 11 November lalu hingga 20 Januari depan.

"Kerja turapan di Jalan Pandan Perdana ini mengalami kerosakan agak teruk dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengambil inisiatif untuk membaikinya.

[caption id="attachment_679685" align="alignleft" width="344"] Ahli Dewan Negeri Teratai Yew Jia Haur[/caption]

"Kita jangka ia akan siap mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan mungkin lebih awal daripada tarikh sasaran," katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata projek berskala besar dengan peruntukan RM50 juta itu bagi memastikan jalan raya negeri ini dalam keadaan baik untuk keselamatan pengguna.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, pemilihan jalan untuk dibaik pulih berdasarkan aduan tertinggi daripada orang awam yang mereka laporkan menerusi Twitter atau aplikasi Infrasel.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM50 juta bagi meneruskan Projek Turapan Mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan untuk meningkatkan kemudahan penduduk yang dijalankan secara menyeluruh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619