AGENDA

Perpustakaan Negara dibuka hingga 7 malam mulai 2 Januari

27 Dis 2024, 2:00 PM
Perpustakaan Negara dibuka hingga 7 malam mulai 2 Januari

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melanjutkan tempoh operasi dari 10 pagi hingga 7 malam bermula 2 Jan tahun depan, berbanding hingga 5 petang ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah PNM Edy Irwan Zulkafli dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi baharu itu turut melibatkan Perpustakaan Komuniti PNM di Perpustakaan Awam Bukit Damansara, Buku2U@Radia Bukit Jelutong serta pusat beli-belah AEON Mahkota Cheras dan AEON AU2 Setiawangsa.

Beliau berkata Anjung Bestari PNM juga bakal beroperasi semula pada masa sama setiap Selasa hingga Ahad.

“Bersempena dengan pembukaan semula Anjung Bestari PNM, 100 pengunjung terawal akan menerima cenderamata eksklusif daripada PNM.

“PNM mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619