AGENDA

Bekas pembantu pusat asuhan didakwa aniaya kanak-kanak tiga tahun

27 Dis 2024, 10:59 AM
Bekas pembantu pusat asuhan didakwa aniaya kanak-kanak tiga tahun

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Seorang bekas pembantu sebuah pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, lima bulan lepas.

Nur Iffatinnadwah Mat Lias, 22, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia tiga tahun dua bulan di sebuah pusat asuhan di Plaza Damas di sini, antara 5.15 petang hingga 6.15 petang, 9 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan RM20,000 ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaludin Akbal, dikurangkan atas alasan dirinya anak yatim dan menyara hidup dengan berniaga.

Hakim Egusra Ali membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 7 Feb depan sebagai sebutan semula kes.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619