AGENDA

Dua penuntut IPTA maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

26 Dis 2024, 5:01 AM
Dua penuntut IPTA maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

JASIN, 26 DIS: Dua penuntut universiti awam maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam insiden kira-kira 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan masing-masing berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kedua-dua mangsa merupakan penumpang di bahagian hadapan dan belakang di sebelah kiri kereta jenis Produa Myvi yang dinaiki dua lagi rakan lain termasuk pemandu.

"Dipercayai kemalangan berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Johor ke Melaka itu terbabas melanggar besi penghadang jalan namun tidak melibatkan kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jamil berkata pemandu Nur Hanis Suraya Supiyan, 19, dan seorang lagi penumpang Azwalidiya Azman, 21, mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619