AGENDA

Geng curi ayam guna lori tumpas, tiga lelaki ditahan

25 Dis 2024, 9:43 AM
Geng curi ayam guna lori tumpas, tiga lelaki ditahan

IPOH, 25 DIS: Tiga lelaki tempatan disyaki geng curi ayam di sekitar Tapah yang membabitkan kerugian kira-kira RM27,000 ditahan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 33 hingga 43 tahun itu ditahan 23 Disember lalu di beberapa lokasi sekitar Rawang, Selangor.

Beliau berkata dengan tangkapan ketiga-tiga lelaki itu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan enam kes kecurian melibatkan kehilangan 66 bakul ayam di Tapah.

“Siasatan mendapati suspek menggunakan lori sendiri atau disewa untuk mengangkut ayam berkenaan dan dijual di pasar Rawang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Naim berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan dengan ujian air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata dua daripada suspek direman hingga 27 Disember manakala reman seorang lagi suspek berakhir hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619