AGENSI

Yayasan Selangor tawar pinjaman pengajian, terbuka kepada bekas pelajar tajaan

25 Dis 2024, 12:00 AM
Yayasan Selangor tawar pinjaman pengajian, terbuka kepada bekas pelajar tajaan
Yayasan Selangor tawar pinjaman pengajian, terbuka kepada bekas pelajar tajaan
Yayasan Selangor tawar pinjaman pengajian, terbuka kepada bekas pelajar tajaan

SHAH ALAM, 25 DIS: Yayasan Selangor (YS) menawarkan pinjaman pengajian kepada bekas pelajar tajaannya yang dibuka bermula 16 hingga 30 Disember ini.

Agensi itu memaklumkan permohonan terbuka kepada bekas pelajar tajaan peringkat menengah di bawah program Rancangan Khas Pendidikan YS (RKPYS), Program Pelajar Berprestasi tinggi (HIPERS), Program Tingkatan Enam (PTEYS) dan RKPYS anak kakitangan.

Penuntut yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat diploma, ijazah sarjana muda di Universiti Selangor, Universiti Islam Selangor dan institut pengajian tinggi awam tempatan juga layak memohon.

“Syarat kelayakan pemohon ialah umur tidak melebihi 30 tahun, warganegara Malaysia dan pemohon serta ibu atau bapa lahir di Selangor atau Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

“Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Selangor juga layak memohon namun keutamaan diberi kepada yang lahir di negeri ini,” maklum agensi itu di Facebook.

Jelas YS, syarat kelayakan lain ialah pemohon tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan organisasi dalam atau luar negara manakala pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan.

“Pemohon perlu melampirkan salinan Sijil Anak Yayasan sebagai bukti pernah menerima tajaan,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang Sistem Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619