AGENSI

Pekawanis peruntuk lebih RM461,000 kepada 2,220 individu sempena perayaan

24 Dis 2024, 12:30 PM
Pekawanis peruntuk lebih RM461,000 kepada 2,220 individu sempena perayaan
Pekawanis peruntuk lebih RM461,000 kepada 2,220 individu sempena perayaan

SHAH ALAM, 24 DIS: Seramai 2,220 individu terdiri kurang berkemampuan di negeri ini menerima sumbangan perayaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata RM461,700 diperuntuk pertubuhan itu untuk meringankan beban golongan berkenaan.

Menurutnya, untuk perayaan Tahun Baharu Cina sejumlah RM162,000 membabitkan 600 penerima memperolehi sumbangan itu diikuti 760 penerima pada Hari Raya Aidilfitri melibatkan RM140,600 dan Deepavali RM159,100 (860 penerima).

[caption id="attachment_629155" align="alignleft" width="407"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap kepada Media Selangor selepas program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI[/caption]

"Sumbangan dijalankan serentak di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, kita ada ahli Pekawanis yang mengagihkan bantuan perayaan RM150 ini.

"Ada juga kita agihkan menerusi majlis termasuk tambahan bantuan barangan keperluan asas hasil sumbangan agensi anak syarikat Kerajaan Negeri," katanya ketika bersiaran menerusi rancangan Hai Selangor menerusi SelangorTV.

Masdiana memberitahu Pekawanis turut menganjurkan pelbagai lagi program sejak ditubuhkan sehingga hari ini antaranya ziarah medik, ziarah kasih, edaran bubur lambuk dan sumbangan anak Merdeka.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619