SHAH ALAM, 24 DIS: Peniaga makanan di bazar Ramadan sekitar Klang perlu menghadiri taklimat bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam pengendalian yang bersih dan selamat.
Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain berkata taklimat sehingga 8 Januari wajib disertai, sebagai salah satu syarat wajib permohonan bazar Ramadan pihak berkuasa tempatan itu.
"Program di Auditorium Raja Ismail Majlis Bandaraya Diraja Klang menyasarkan pengendali makanan di 22 lokasi tapak bazar Ramadan. Setakat ini, seramai 700 peserta ambil bahagian," katanya dalam mesyuarat penuh hari ini.
Berikut 22 lokasi tapak bazar Ramadan di Klang pada 2025:
- Simpang Empat, Sungai Udang
- Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas
- Jalan Paip, Kampung Meru
- Jalan Raja Mokhtar
- Flat Sri Bayu
- Lorong Haji Umar, Pulau Indah
- Taman Sungai Kapar Indah
- Lorong Musran, Rantau Panjang
- Jalan Petola, Kampung Raja Uda
- Sebelah Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Sulaiman
- Jalan Bukit Kuda
- Bukit Tinggi hadapan Flat Bukit Tinggi
- Jalan Sungai Chondong 9
- Taman Setia Johan Setia
- Pendamar Indah
- Taman Kem, Pelabuhan Klang
- Kampung Delek
- Jalan 9, Pandamaran Jaya
- Bandar Baru Klang (Jalan Tiara)
- Batu 4, Jalan Keretapi Lama
- Bandar Putera 2
- Jalan Kluang