AGENDA

UM tahan kerja pensyarah dikaitkan isu hantar mesej seksual

23 Dis 2024, 11:26 AM
UM tahan kerja pensyarah dikaitkan isu hantar mesej seksual

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Pensyarah yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual telah ditahan kerja.

Universiti Malaya (UM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.

“UM akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” menurut kenyataan itu.

Sabtu lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan UM untuk melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti itu.

Zambry berkata arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut bagi menegakkan keadilan selain menegaskan kementeriannya sama sekali tidak bertolak ansur dengan salah laku yang bertentangan undang-undang negara.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619