AGENDA

32 rakyat Palestin terbunuh hari ini menjadikan jumlah kematian 45,259

22 Dis 2024, 1:27 PM
32 rakyat Palestin terbunuh hari ini menjadikan jumlah kematian 45,259

ANKARA, 22 DIS: Sekurang-kurangnya 32 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lalu kepada 45,259, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan di enklaf hari ini.

Satu kenyataan kementerian menambah bahawa kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.

"Tentera Israel membunuh 32 orang dan mencederakan 54 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam lalu.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat menghadapi kekangan," menurut kementerian itu.

Israel meneruskan perang genosid di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa gencatan senjata segera.

Tahun kedua pembunuhan beramai-ramai di Gaza mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi melabelkan serangan dan menyekat penghantaran bantuan sebagai percubaan yang disengajakan untuk memusnahkan penduduk.

Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana perang mautnya ke atas Gaza.

- BERNAMA-AA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619