BERITA UTAMA

BINGKAS diteruskan tahun depan, penambahbaikan bermula Jun 2026

22 Dis 2024, 7:22 AM
BINGKAS diteruskan tahun depan, penambahbaikan bermula Jun 2026

SHAH ALAM, 22 DIS: Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diteruskan tahun depan dengan penambahbaikan bermula Jun 2026, kata EXCO kebajikan masyarakat.

Menurut Anfaal Saari, kajian mengenainya sedang dibuat dan penerima yang layak dalam tempoh baharu bermula Julai lalu akan terus menerima manfaat RM300 sebulan selama dua tahun.

“Program BINGKAS tempoh baharu bermula Julai lalu dan berakhir dua tahun iaitu pada Jun 2026 atau mengikut kelulusan mulai Julai 2024.

“Setakat ini, ia akan diteruskan seperti biasa tahun depan dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan selepas Jun 2026,” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini, Anfaal memaklumkan Kerajaan Negeri sedang mengkaji mekanisme lain untuk memberi sokongan kepada penerima BINGKAS selepas agihan skim berkenaan tamat.

BINGKAS merupakan satu daripada 46 skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang, yang menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 selama dua tahun.

Inisiatif tersebut ditambah baik daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan ke bawah, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619