ad
PBT

Galak aktiviti menanam di bandar, 27 kebun komuniti terima dana RM40,000

21 Dis 2024, 3:40 PM
Galak aktiviti menanam di bandar, 27 kebun komuniti terima dana RM40,000
Galak aktiviti menanam di bandar, 27 kebun komuniti terima dana RM40,000

HULU LANGAT, 21 DIS: Sebanyak 27 kebun komuniti di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima bantuan pertanian berjumlah RM40,000.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad berkata bantuan yang disalurkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) antara usaha untuk mengalakkan aktiviti kebun komuniti yang lebih teratur dan sistematik.

"MPAJ menyerahkan bantuan bagi pihak UPEN. Sebanyak 23 kebun komuniti menerima bantuan set baja manakala empat lagi menerima kemudahan pemasangan panel solar.

“Inisiatif ini bertujuan memberi sokongan kepada penduduk mengusahakan kebun komuniti yang dibawah pengurusan PBT. Pemasnagan panel solar juga akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam menguruskan kebun komuniti,” katanya.

[caption id="attachment_678757" align="aligncenter" width="700"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad berucap pada Majlis Perasmian Program Komuniti Sempena Hari kanak-Kanak,Hari OKU dan Hari Warga Emas MPAJ 2024 di Taman Melawati, Ampang pada 21 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Komuniti Madani Sempena Hari Kanak-kanak, Hari Orang Kelainan Upaya dan Hari Warga Emas MPAJ di pekarangan Pusat Konvensyen MPAJ di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ani berkata beberapa latihan turut disediakan pihaknya bagi pemudah cara individu menguruskan kebun komuniti.

“Dalam kita memperkasa komuniti di kawasan pentadbiran MPAJ kita juga akan merangka pelbagai latihan dan kursus untuk bersama membantu lebih ramai terlibat dalam aktiviti kebun komuniti.

“Usaha ini juga bagi menyahut saranan Kerajaan Negeri yang mahukan lebih ramai masyarakat mewujudkan kebun komuniti sekali gus menyumbang kepada ekosistem hijau yang lebih lestari,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.