AGENDA

Anwar temu pengamal media, watak penting beri kritikan, pandangan

21 Dis 2024, 1:43 PM
Anwar temu pengamal media, watak penting beri kritikan, pandangan

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara, bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara yang berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata sesi itu penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.

Perdana Menteri berkata media adalah watak penting dalam memberikan kritikan, teguran, pandangan, ulasan dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.

“Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak agar hala tuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” menurut hantaran itu.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619