AGENDA

Nanta: Tol percuma sempena Krismas pada 23 dan 24 Disember

21 Dis 2024, 4:00 AM
Nanta: Tol percuma sempena Krismas pada 23 dan 24 Disember

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma pada 23 dan 24 Dis ini sempena perayaan Hari Krismas.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Bagaimanapun, beliau berkata pengecualian tol itu hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol, kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

“Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja selaras dengan aspirasi 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' sempena perayaan Hari Krismas 2024.

“Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619