BERITA UTAMA

MBSJ lancar pelekat khas kutipan caj beg plastik, elak penipuan

21 Dis 2024, 2:00 AM
MBSJ lancar pelekat khas kutipan caj beg plastik, elak penipuan

SUBANG JAYA, 21 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melancarkan pelekat khas bagi program kutipan caj beg plastik yang mula berkuat kuasa tahun depan.

Datuk Bandar Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata penggunaan pelekat itu bertujuan mengelak kes penipuan berkaitan kutipan caj beg plastik secara haram di premis tidak berdaftar.

"MBSJ telah mencatat kutipan beg plastik lebih RM1juta setakat November lalu dan wang tersebut dibelanja dengan melaksana beberapa projek inisiatif hijau serta kempen pemuliharaan alam sekitar.

"Bagaimanapun, masih berlaku kes penipuan di premis yang membuat kutipan caj beg plastik secara haram dan tidak berdaftar dengan MBSJ.

"Bagi memastikan masalah penipuan ini pelekat khas telah dilancar dan mula digunakan pada tahun depan sebagai usaha mencegah penipuan yang berlaku di tapak serta membantu pengguna untuk mengenal pasti premis yang sah mendaftar dengan program kutipan ini," katanya selepas majlis pelancaran pelekat program kutipan caj beg plastik semalam.

Tambahnya, pelekat itu mula diedar pada minggu depan dan semua premis berdaftar akan menerimanya secara percuma.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kes denggi di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu mencatat penurunan sebanyak 1.3 peratus atau 99 kes bagi minggu ke-50 (8-14 Disember).

"Tahun lalu, sebanyak 7,591 kes positif demam denggi dicatatkan namun menunjukkan penurunan kepada 7,492 kes tahun ini. Kawalan pencegahan denggi terus dilaksana bagi membendung penularannya termasuk semburan dan pengwasapan.

"Pendidikan kesedaran tentang demam denggi turut dijalankan di lokaliti-lokaliti berpotensi. Penduduk disarankan untuk membuat langkah-langkah pencegahan seperti kempen 10 minit dan gotong-royong memusnahkan lokasi potensi tempat pembiakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619