AGENDA

Tujuh didakwa tawar pelaburan tidak wujud secara dalam talian

20 Dis 2024, 7:14 AM
Tujuh didakwa tawar pelaburan tidak wujud secara dalam talian

BALIK PULAU, 20 DIS: Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian pada awal bulan ini.

Tertuduh Wong Yu Teng, 26; Lim Yong Aun, 30; Chin Chun Ze, 29; Ong Wye Chun,38; Choo Wee Jen,28; Jeremy Thiah Lae Jin,33, dan Cheong Wymun, 33 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mereka didakwa melakukan pakatan jahat jenayah dengan memperdaya mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan Multiply Finance yang tidak wujud menerusi Facebook dan WhatsApp yang bertentang dengan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Block C-41-08 The Clovers, Lengkok Merbah 3, Taman Sri Bayan, Bayan Lepas pada 10.15 malam 2 Dis lepas.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Lushini yang memohon mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bagi setiap seorang tertuduh.

Peguam Pang Chuin Keat yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 bagi setiap tertuduh memandangkan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan tiada rekod jenayah lampau.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap tertuduh sebelum menetapkan 25 Mac 2025 untuk sebutan semula dan serahan dokumen.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619