AGENSI

HIS, MARA anjur program kesedaran halal, disertai 30 syarikat terpilih

20 Dis 2024, 4:00 AM
HIS, MARA anjur program kesedaran halal, disertai 30 syarikat terpilih

SHAH ALAM, 20 DIS: Halal International Selangor (HIS) dan MARA Selangor, melalui anak syarikatnya Glocal Link (M) Sdn Bhd menganjurkan program Latihan Kesedaran Halal, Selasa lalu.

HIS memaklumkan, program yang diadakan di Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM), Kuala Lumpur, dibuat berlandaskan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

“Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran, dan panduan praktikal kepada peserta dalam memahami keperluan serta peluang dalam sektor halal.

“Selain itu, ia juga berupaya membantu mereka untuk membangunkan perniagaan yang patuh syariah dan kompetitif di pasaran,” katanya menerusi Facebook.

Menurut HIS, pihaknya turut melaksana Bengkel Sistem MYeHALAL untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada pihak industri mengenai keperluan pensijilan halal secara efektif.

Tambahnya, hanya 30 syarikat terpilih menyertai program yang mengutamakan usahawan berdaftar bawah Authorised HIS Operator (AHO) dan institusi latihan GiatMARA.

Majlis perasmian disempurnakan Pengurus Besar Glocal Link (M) Sdn Bhd Badrul Hisham, manakala HIS diwakili Pengurus Rantaian Bekalan Halal Norzareen Abdul Razak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619